CINTA

seandainya ku mempunyai kekuatan cinta yg bgitu besar dan prasaan yg tak negatif..mka akn aku ukir matahari menjadi love,bulan menjadi nama ku dan bintang menjadi nama mu...yg akn menjadi saksi adalah seluruh umat manusia yg ada di bumi.dan aku ingin kamu tau cinta ku begitu berat untuk di lepaskan dan bgitu indah untuk dirasakan.sayangku untuk mu.....

Monday, September 12, 2011

CINTA ANTARA BORNEO

 (cerita yang diambil dari seorang teman,..Antara cinta dan jarak perhubungan..semuanya tidak mustahil,jika tuhan telah menulis Ia jodoh kamu....Maka seberapa tahun kamu terpisah..mahupun tidak bersua muka...Jodoh tetap ada...Asalkan kejujuran,kesabaraan menjadi ranting dalam perhubungan itu..Sedih,gembira,membaca coretan ini...semoga hubungan kalian berkekalaan..) :))
 
Assalammualaikum,,Bermula nya cerita,gara2 salah no fon sebab 5 bulan yang lalu cousin saya pernah pakai telefon saya untuk miscall adik angkat dia( si leleki ).Mereka kenal semasa cousin saya berkerja di KL,,,kami telah mula kan perkenalan dengan hanya bertelefon dan ber mesej,.setiap saat dan setiap hari kami sentiasa berhubung,tetapi kami tak pernah bersua muka,Dan tanpa di sedari perhubungan kami melalui telefon dah hampir 2 tahun,perasaan saya terhadap dia(si leleki)semakin lain,seperti saya selalu risau kan keselamatan dia,dan pernah juga saya marah pada diri sendiri dan bertanya pada diri sendiri"KENAPA PULA SAYA NAK RISAUKAN ORANG YANG SAYA TAK PERNAH JUMPA,".Pertanyaan itu sentiasa muncul dalam fikiran saya setiap kali saya risau kan dia,.Pada suatu hari dia(si leleki) baru balik dari kerja bersama kawan nya,seperti biasa sebelum mula kan perjalanan dengan menaiki motor,dia akan kol saya dan bagi tau baru nak balik,so saya juga akan sentiasa kira masa perjalanan balik dia 2,saya mengira masa bukan bermaksud x percaya pada dia,saya tau tindakan saya ni bodoh,sedang kan saya x nampak apa dia buat di sana,sebenar nya saya x kisah juga klu time 2 dia permain kan saya,sbb yang saya tau saya x menyesal juga klu perhubungan kami x berpanjangan sbb kami x perna berjumpa jg,perasaan itu sentiasa muncul dalam fikiran saya,tapi saya x tau saya sentiasa risaukan keselamatan dia juga,.Dan jam menunjuk kan dah hampir 1 jam dia x kol saya utk memberi tahu dia dah sampai rumah,sbb seperti biasa dia akan kol saya apabila dah sampai rumah,.Hati saya mula gelisah,dan fikiran saya melayang,saya kol pun x jawab.dan 2 jam kemudian saya kol lagi dan panggilan di jawab,tp bukan dia yg jawab,kawan dia,.saya pun bertanya la tentang dia,kawan dia hanya menjawab tergagap-gagap,"SEBENAR NYA..SEBENAR NYA..."..Hati saya mula risau,lalu saya memaksa kawan dia lagi,utk cerita kan perkara sebenar,.Last2 kawan dia berterus-terang juga,"SEBENAR NYA BOB(si leleki)ACCIDENT." .Jantung saya macam terhenti seketika,.saya macam org gila fikir kan dia,1 malam saya x tido,dan seperti biasa saya pujuk lagi hati saya."KENAPA LA SAYA RISAU SANGAT NI,PEDULI LA,BUKAN SAYA PERNAH JUMPA JUGA LELAKI NI".dan saya paksa mata utk tido,tp kenyataan nya,saya betul2 x boleh tido,saya hanya pegang je telefon saya masa 2,saya terus kan hubungi dia,last2 saya dapat juga bercakap dgn dia,sbb time di hospital 2,dia x bawa telefon,kawan dia yang pegang,.TUHAN je tahu macam mn perasaan saya masa 2 apabila saya dapat dengar suara dia,dan dia pun dgn gembira cuba tenang kan perasaan saya,lalu dia pun cerita la apa yang terjadi,apa yg dia tau masa time accident 2,dia hanya terbayang kan wajah saya,dia pun hairan,sedang kan dia pun x pernah jumpa saya,Apa yang pasti,rupa2 nya perasaan kmi sama,kami pun hairan, .Begitu la KEKUASAAN TUHAN,DIA telah satu kan hati kami,.baru la kami sedar semua 2 ada hikmah,..Beberapa hari dia di hospital,doktor mengatakan kaki dia telah patah.Apa lagi,dia pun sangat sedih,,saya hanya mampu bagi semangat dari jauh utk dia,.hati saya masa 2 mmg sedih.Sesudah keluar dari hospital,dia hanya mampu duduk rumah je,..Dan di situ la ALLAH telah buka kan hati dia utk mengawini saya.Pada suatu hari dia telah kol saya dan bercakap dgn mak saya utk meminang saya,mak saya x mampu cakap apa2,sbb dia org jauh,mak saya hanya cakap"KLU DIA BETUL2 IKHLAS DENGAN KO,DIA AKAN DATANG SABAH,". Jadi,kami pun hanya menunggu kebenaran,dan dlm keadaan kaki dia yang patah,dia telah berulang-alik dari kuala lipis -kuala lumpur,utk urusan surat nikah. Setelah semua surat2 nikah suda sattle,dia pergi ke KUALA LIPIS lagi buat kali terakhir untuk meminta restu daripada orang tua dia.Lalu dia telah ajak orang tua dia untuk pergi bersama,tetapi orang tua dia menolak sebab,susah nak tinggal kan adik2 dia yang masih kecik.Dia pun faham keadaan orang tua dia,.tetapi orang tua dia cakap "TAK PE LA,KO PERGI JE LA,ABAH DENGAN MA AKAN DOA KAN KO". Dia pun hanya diam je.Orang tua dia bertanya kembali dengan dia"KO NI BETUL-BETUL KE?,KO TAHU KE APA YANG KO BUAT NI.SABAH ITU JAUH"."Dia hanya mampu menjawab."MUNGKIN INI SUDA JODOH AKU"..Orang tua dia pun hanya berserah saje,setelah semua nya selesai,dia pun pulang balik ke KUALA LUMPUR.Setelah sampai di KUALA LUMPUR, dia pun (si lelaki)hanya menunggu masa utk pergi ke SABAH,hati dia pun masa 2 tertanya-tanya"ADAKAH BETUL APA YANG AKU BUAT NI?".Itu la pertanyaan yang sering bermain dalam fikiran dia,Dan tanpa dia sedari,masa yang di tunggu-tunggu telah tiba,.Pada pagi sebelum penerbangan dia itu,satu lagi persoalan dalam diri dia"TAK KAN AKU NAK PERGI BERNIKAH DENGAN PAKAI TONGKAT NI.".Jadi dengan azam yang kuat,dia lepas kan tongkat itu dan berjalan perlahan-lahan.satu demi langkah,dia telah berjaya berjalan tanpa menggunakan tongkat.Setelah selesai,cousin dia pun menghantar dia di lapangan terbang,dengan hati yang tenang,dia hanya mampu berdoa sepanjang perjalanan dia semoga semua nya selamat,Dan saya pula,telah pergi ke lapangan terbang dengan kakak saya,mak angkat dia dan cousin saya(kakak angkat dia) untuk menjemput dia,,Masa itu hanya TUHAN je tahu perasaan saya,takut pun ada,berdebar-debar pun ada,gembira pun ada,semua perasaan telah bercampur,.maklum la setelah 2 tahun perkenalan melalui telefon,akhir nya berjumpa.Kedengaran ketibaan kapal terbang mendarat.Hati mula berdebar-debar semakin kencang.kelihatan semua orang telah keluar,satu persatu..tiba2 cousin saya teriak"ITU PUN DIA".Dengan terkejut nya saya,,saya lihat ada pasu besar di sebelah saya,lalu saya pun menyorok di pasu itu.yang kelihatan hanya kakak saya,cousin saya dan mak angkat dia..Dia menghampiri mereka,lalu dia lihat kakak saya,lepas 2 dia ternampak saya tersenggih-senggih di pasu bunga itu,Dengan naluri hati dia,,dia pun menghampiri saya.Hati saya berdebar-debar..lalu dia hulur kan tangan dan saya salam dia dengan tangan yang sejuk..Mata kami saling bertentangan. Selepas itu kami pun menaiki kereta untuk balik ke rumah saya.sepanjang perjalanan,mata kami sering bertentangan,hati kami terasa begitu gembira.Dan cousin pun mula nak mengusik-usik kami,.kami hanya tersenyum..tanpa di sedari,kami pun telah sampai di rumah..setelah dia naik ke tangga,nenek saya pun menabur kan beras kuning tanda kesyukuran..Dan keluarga saya pun betul2 terharu kerana tidak sangka dia sanggup datang dari juh untuk menikahi saya,.Dan masa itu,imam kampung pun turut serta untuk membuktikan kedatangan dia,,lalu dia pun menyarungkan cincin tanda pertunangan kami dengan bersaksi kan imam kampung serta keluarga..setelah selesai keluarga saya sekali lagi mak saya memanggil saya masuk dalam bilik dengan bertanya kan kembali dengan saya"KO BETUL2 KE NI?KO TAK MENYESAL?". Lalu saya menjawab"MUNGKIN INI SUDAH JODOH AKU". Keluarga saya pun terdiam, dengan berserah juga..selepas 2,imam kg pun membaca doa selamat tanda kesyukuran..lalu keluarga saya pun berbincang tarikh perkhawinan kami,,setelah semua nya bersetuju,,maka dari hari itu keluarga saya telah menetap kan 07.07.2006 adalah tarikh perkhawinan kami.Dan hanya ada masa 2 minggu je untuk membuat persiapan perkhawinan itu.Dengan itu seluruh keluarga saya pun bergotong royong untuk persiapan itu.Hari demi hari.,tanpa di sedari ,hari yang di tunggu-tinggu pun telah hampir.Dan sanak saudara pun telah datang,,riuh rendah keadaan rumah pada masa itu,dan ada juga di kalangan keluarga masa tidak percaya tentang pertemuan kami 2..kedengaran sana sini tentang cerita pertemuan kami.kami hanya tersenyum..Dan hari yang di tunggu pun telah tiba,pada 07.07.2006.kami telah di ijab kabul kan sebagai suami isteri..Dan 2 hari selepas itu kami bersanding,,Memang tidak boleh di kata kan la betapa meriah nya majlis perkhawinan kami masa itu.Siap potong lembu sapi lagi.Keluarga kami semua telah bergotong royong menjayakan majlis kami..Dan kami telah merakam kan majlis perkhawinan kami itu,dengan membuat CD.Dan bermula la juga percintaan kami selepas khawin..Dan selepas 1 bulan perkhawinan kami,,kami telah balik keKUALA LIPIS untuk berjumpa keluarga mentua saya,dan pada masa itu la pertama kali saya pijakKUALA LUMPUR,.Setelah sampai di KUALA LIPIS,saya pun berjumpa dengan seluruh keluarga suami saya.Ibubapa suami saya hanya terpegun melihat kehadiran kami,kerana tidak sangka kami telah berkhawin..Setahun kemudian kami telah di kurnia kan seorang anak perempuan ( NUR AINA SYAFIKAH )yang sangat comel.. TUHAN saja tahu perasaan kami semasa itu apabila suda bergelar ibubapa..Dan akhir nya,,kami telah hidup gembira dan bahagia sampai sekarang.dan sampai sekarang kami sering menonton CD kawin kami itu bersama anak kami,..YA ALLAH, YA TUHAN KU,AKU BERTERIMA KASIH KEPADA MU DIATAS JODOH YANG KAU BERIKAN KEPADA KAMI..DAN KAMI BERHARAP KAMI AKAN BAHAGIA SAMPAI KE AKHIR HAYAT,..AMIN......... Dan kepada yang menjaya kan majlis kami,terima kasih di ucapkan,semoga TUHAN merahmati kalian semua..sekian dari kami,wasalam..SURIANA ANA dan ABILUDIN BOB.

No comments:

Post a Comment